Thursday, May 20, 2010

Inside Of Me

Nama aku JAUHARI. Tapi keperibadian aku takla jauhari sangat.Tinggi aku 1.65 meter(kategori pendek la tu) Kulit aku gelap la jugak.Aku suka kucing.Bukan suka kencing..Warna kegemaran aku HIJAU.Kenapa hijau?tak payah tanya. Aku seorang yang simple bukan pimple.Semua bende pon mesti simple.Bapak aku pon ade pesan "Be a simple kind of man". Aku takde kereta,takde duit dan takde awek.Tapi aku rasa aku akan ade awek kalau aku ade kerete,ade duit dan ade rupa..Siapa yang taknak tempat mengadu woi..


Aku ni sebenarnya banyak cakap,tapi sejak taon lepas aku jadi kurang bercakap.Lepak ngan memember pun aku da kurang bercakap.Tak macam dulu.Tapi korang jangan risau.,aku ni waras agi..Takde ciri ciri nak jadi tak betol pun.

Aku ni kekecik nakal gila.Bapak aku pon naik penat nak jaga aku.Selalu la jugak kene sebat kat sekolah time perhimpunan..Kene sebat ngan bapak aku plak tu..Bapak aku guru besar dulu.(sian bapak aku,malu die ade anak cam aku). Tapi bagi aku,semua tu yang menjadikan aku seperti mana sekarang.Bak kata member aku apai yang berumur 47 tahun,"biar jahat time kecik drpd dah besar baru nak wat jahat" Ade betol gak cakap org tua tu.Sebab dah banyak contoh depan mata,time skolah kemain bagus agi,abis skolah Hancus.


Aku ni minat Main bola tapi takla terer pun.Tu la sukan yang paling aku minat.
Aku ni minat muzik.Rock n roll menjadi pilihan.Sweet Charity is The Best..Tapi muzik lain pun aku layan.Bagi aku muzik takde batas.Selagi ia layak digelar muzik,aku buley layan.


Selain dr muzik aku minat gak mende2 sastera ni..Tapi ramai orang tak tau.A.Samad Said la sastrawan yang paling aku minat.Lain macam org tua tu.Bila baca sajak die,meremang bulu roma aku.Kepada sesape yang minat A.Samad Said,jom kite layan ni..aku penah masok pertandingan sajak time darjah enam dulu.Tu la first time aku bersajak.Memember pon time tu tengok aku ye tak ye je mamat ni..Tapi yang pasti aku johan time tu.Sajak ni la yang aku deklamasikan..jom sesama kita fikirkan dan ertikan..




Kita Ini Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Wednesday, May 19, 2010

Ramalan Final WC10

Macam biasa la kan,kalau WC nak start je aku mesti wat ramalan team mana pergi final.
Tahun ni aku rasa Brasil n The Azzuri akan berentap kat pentas final.Aku rasa perjalanan
Brasil untuk ke final lebih mudah berbanding Italy sebab brasil punye main memang syok.
Tapi Italy bukan calang2.Walaupun bermain membabi buta,team ni terkenal dengan total
football.Current Champion lak tu.
Sama2 la kita nantikan..Ini cuma ramalan aku je..Korang mayb tak sependapat ngan aku,
tapi pedulik ape aku! Ni kan blog aku.


ITALY
playing style = total football


vs


BRASIL
playing style = samba